Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang menyakitkan sebab memaklumi atas kependekan akalnya. Allah SWT berfirman:
"Dan pergaulilah mereka dengan makruf..."
(Q.S. An-Nisa': 19)
Juga dalam ayat lain Allah SWT berfirman:
"Dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu."
(Q.S. An-Nisa': 21)
Yang terakhir sekali diwasiatkan oleh Rasulullah SAW adalah tiga perkara.
Baginda bersabda:
"Solat, solat. Dan janganlah kami bebani hambamu dengan sesuatu di luar kemampuan mereka dan takutlah kepada Allah dalam hal wanita. Mereka adalah para tawanan di tanganmu. Kau ambil mereka dengan amanat Allah SWT dan kamu minta halal farajnya dengan kalimat Allah pula"
Juga Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya. Allah memberinya pahala seperti bala yang telah diberikan kepada Nabi Ayub. Dan siapa sabar atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya seperti pahala Asiah isteri Firaun."
Erti menggauli mereka dengan baik bukan saja tidak menyakitkannya, akan tetapi juga menahan diri dan sabar atas perbuatan yang menyakitkanmu. Bahkan tidak memarahinya. Ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, di mana para isterinya kadang-kadang membantah kepada baginda, bahkan salah seorang mereka ada yang tidak menegur baginda sampai sehari semalam. Bahkan juga isteri Umar ra, pernah juga membantah kepadanya. Umar berkata, "Apakah engkau hendak membantahku?" Si isteri menjawab, "Bahwa isteri-isteri Rasulullah ada juga membantah kepada baginda. Padahal baginda adalah lebih baik daripada kamu." Kemudian dia berkata kepada Hafsa, "Janganlah engkau cemburu kepada puteri anak abi Kuhafah. Dia kekasih Rasulullah SAW!" Dan Umar menakut-nakutinya dengan balasan Akhirat akibat menentang suami.
Dirawikan bahawa pernah juga pada permulaan Islam, setengah isteri Nabi SAW itu agak kesal dengan mengadukan kepada ibunya. Maka Nabi SAW berkata, "Tinggalkan saja dia. Dia telah berbuat lebih banyak dari itu." Dan pernah juga antara Nabi SAW dan Aisyah terjadi satu perselisihan. Sehingga keduanya memanggil Abu Bakar memohon kebijaksanaannya. Nabi berkata kepada Aisyah, "Aku yang bercakap atau kamu yang akan bercakap?" Aisyah berkata, "Silakan kamu bercakap asalkan benar." Mendengar ucapan ini Abu Bakar langsung memukul Aisyah sehingga mulutnya berdarah dan berkata, "Wahai musuh nafsunya, pernahkah baginda berkata yang tidak benar?" Aisyah lalu mendekati Nabi dan bersembunyi di balik punggungnya. Maka Nabi berkata kepada Abu Bakar, "Kami tidak memanggilmu untuk ini dan kami tidak menghendaki ini darimu."
Pernah juga suatu ketika Aisyah sedang marah kepada Nabi SAW. Dia berkata, "Kau sendirilah mengaku bahawa kau itu Nabi Allah." Mendengar itu Nabi SAW hanya tersenyum saja. Dan pernah Nabi SAW berkata kepadanya, "Tidak, demi Tuhan Muhammad." Lalu jika kau sedang marah, kau berkata, "Tidak, demi Tuhan Ibrahim." Aisyah lalu berkata, "Engkau benar. Aku hanya membenci namamu."
Dan dikatakan bahawa yang pertama kali cinta terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi SAW kepada Aisyah ra. Dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Aku dengan ini ibarat bapa biji dan ibu biji. Hanya saja tidak mengeluarkanmu." Dan Nabi SAW juga mengatakan kepada isteri-isterinya, "Janganlah kamu menyakiti aku seperti Aisyah. Sesungguhnya, demi Allah, tidak pernah turun wahyu sewaktu aku ada di pangkuan salah seorang kamu."
Anas ra berkata bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penuh kasih kepada wanita dan anak-anak.
Justeru itu, jika seorang suami disakiti hendaklah menahan dan membalas dengan gurauan yang dapat melembutkan hati wanita. Rasulullah SAW seringkali bergurau bersama mereka (isteri-isterinya) serta menyesuaikan tingkat akalmereka dalam beramal dan berakhlak. Sehingga dirawikan, Nabi SAW pernah memulakan pertengkaran dengan Aisyah. Aisyah pun membalas di suatu hari, kemudian Nabi memulainya di hari yang lain, lalu berkata, "Ini balasan kelmarin."
Aisyah ra berkata, "Pada hari Asyura aku mendengar suara orang-orang Habsyi dan lainnya bermain-main. Nabi SAW berkata kepadaku, "Inginkah kau melihat permainan mereka?" Aku menjawab, "Ya." Nabi memanggil mereka dan mereka pun datang. Nabi berdiri di antara dua pintu dan meletakkan telapak tangannya pada salah sebuah pintu serta memanjangkan tangannya. Maka aku meletakkan janggutku pada tangannya, lalu mereka bermain dan aku melihat. Kemudian Nabi berkata, "Wahai Aisyah, cukuplah kau!" Aku berkata, "Ya." Lalu Nabi mengisyaratkan kepada mereka dan mereka pun pergi. Maka Nabi SAW lalu berkata, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang kepada keluarganya."
Juga baginda bersabda:
"Yang terbaik di antara kamu adalah kamu yang paling baik kepada isteri-isteriku."
Umar ra berkata, "Sayugianya lelaki dalam keluarganya itu seperti anak-anak. Dan manakala tersentuh apa yang di sisinya, barulah dia menjadi lelaki."
Luqman mengatakan seperti itu juga. Dalam Hadis diceritakan bahawa Allah SWT memurkai orang yang kejam terhadap keluarganya.
Nabi SAW bersabda:
"Hendaknya seperti gadis yang engkau rayu dan dia merayumu."
Kemudian, hendaknya seorang suami tidak lantas memperturutkan semua keinginan isteri sampai dalam batas yang dapat merosakkan akhlaknya. Ini jangan dibiarkan. Al-Hasan mengataka, "Setiap lelaki yang mengikuti saja keinginan isterinya, maka Allah akan melemparkannya ke Neraka." Umar ra brkata, "Ingkarlah (kemudian isteri) sebab dalam mengingkari mereka itu terdapat berkah." Dan dikatakan, "Berembuklah dengan mereka dan ingkarilah keinginanya." Sesungguhnya Rasulullah SAW juga bersabda, "Celakalah hamba kepada isteri." Baginda mengatakan demikian kerana jika seseorang lelaki mengikuti saja keinginan isteri seolah-olah dia menjadi hambanya. Celakalah dia. Allah tidak menyerahkannya kepada isteri yang tunduk kepada nafsunya. Ini bererti dia jadi hamba syaitan dan mengikutinya pula.
"Dan kusuruh mereka mengubah makhluk Allah..."
(Q.S. An-Nisa': 119)
Oleh kerananya lelaki mesti diikuti dan mengikuti. Lelaki harus menjadi tiang penyangga kepada perempuan dan suami haruslah sebagai sayid.
"Setibanya di pintu, keduanya bertemu dengan said (tuan)nya..."
(Q.S. Yusuf: 25)
Imam as-Syafie ra berkata, "Jika kau muliakan mereka, mereka akan menghinakanmu. Jika kau hinakan mereka, mereka akan memuliakanmu, itulah perempuan, khadim dan batin (nafsu) ini."
No comments:
Post a Comment