so cute


Wednesday, 28 November 2012

✿ Rebutlah Pangkat Isteri Solehah ✿

                                                                         


Allah (swt) itu Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hamba-Nya. Bagi kaum wanita ada empat tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya sempurna di bulan Ramadhan, ketaatannya kepada suami dan menjaga kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seaeorang  wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah (swt) kepada kita, insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan dan fikirkan kembali sejauh manakah pula kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kia kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat.
Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadang kala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri kita yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah (saw) selepas di Israk Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah (swt) supaya kita ini umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab seksaan api neraka yang amat dahsyat. Bayangkanlah, baginda saksikan sendiri bahawa penghuni didalam Neraka itu 75% daripadanya adalah terdiri dari kaum Hawa.

Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.


Bila diceritakan mengenai peribadi wanita yang bertaqwa dan solehah pastilah mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila saja ilmu telah dipelajari dan difahami, lantas terus saja diamalkan tanpa bertangguh-tangguh lagi. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorbanapa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan, tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah (swt) dan Rasulullah (saw).



Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan grafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu sudah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.



Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.



Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, generasi yang bakal mengamankan dunia.



Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. Inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.



Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli sama ada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun, sebab itu bukan urusannya malah suatu ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.



Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwini. Bila seseorang itu telah berkahwin, insya-Allah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu, berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.



Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah (swt) supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah, dan seterusnya berdoa agar dibantu ketika sedang bermujadah di dalam menghadapi berbagai ujian.



Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasulullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-sama di dalam syurga kelak.



Banyakkanlah berselawat kepada baginda. Hanya beginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dam haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga. 


Saturday, 10 November 2012

~ Nasib Lelaki Hodoh Mencari Jodoh ~

                                                                          Gambar Hiasan

Suatu hari seorang lelaki yang berwajah hodoh dan berkulit hitam bertanyakan satu masalah kepada Rasulullah SAW. Lelaki bernama Saad bin Asulami kecewa kerana wajah yang hodoh dan berkulit hitam menyebabkan tidak ada perempuan yang sudi berkahwin dengannya.

"Ya Rasulullah, adakah seseorang yang berwajah hodoh dan berkulit hitam tidak layak untuk menghuni syurga?" Tanya Saad sebaik sahaja menemui Rasulullah SAW.

"Selagi kamu yakin dengan Tuhanmu dan mematuhi segala ajaran-Nya, kamu masih berpeluang untuk menjadi penghuni syurga," jawab Rasulullah SAW sambil memerhatikan wajah lelaki yang hodoh dan berkulit hitam di hadapannya.

"Ya Rasulullah, saya telah beriman kepada Allah sejak lapan bulan lalu dan saya datang ke sini ingin meminang seorang perempuan untuk dijadikan isteri tetapi semuanya menolak dengan alasan wajah saya hodoh dan kulit saya hitam," kata Saad yang kecewa dengan nasib dirinya.

"Adakah kamu daripada keluarga yang baik-baik, Saad?"
"Ya. Sebenarnya saya daripada keturunan suku Bani Sulaim. Wajah saya hodoh kerana keturunan ibu saya," kata Saad.

Rasulullah SAW kemudian berpaling kepada semua yang hadir pada majlis itu seolah-olah mencari seseorang sambil bertanya, "Adakah Amru Bin Wahab daripada suku kaum Tsaqief ada di sini?"
Orang ramai yang ada di majlis itu berpandangan sesama sendiri sambil mencari wajah nama yang disebutkan. Setelah beberapa ketika seorang daripada mereka memberitahu Amru bin Wahab tidak ada di situ.

"Saad, adakah kamu tahu di mana rumah Amru bin Wahab?" Rasulullah SAW bertanya.
"Ya, saya tahu di mana rumah Amru, ya Rasulullah."
"Sekarang kamu pergi ke rumahnya. Ketuk pintu rumah perlahan-lahan dan berilah salam. Apabila Amru menjawab salam, masuklah jika Amru mengizinkan. Jika ditanya apakah hajat kamu, katakan kepadanya, Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya," Rasulullah SAW menjelaskan.

Saat itu Saad terbayang puteri Amru yang cantik dan bijak bernama Atiqah. Sampai di rumah Amru, dia disambut dengan baik. Bagaimanapun Saad dpat merasakan kedatangannya itu seolah-olah terpaksa memandangkan wajahnya yang hodoh.

Setelah ditanya apakah hajatnya datang ke rumah Amru, Saad segera menjawab, "Rasulullah yang meminta aku supaya datang ke sini dan menyampaikan khabar supaya mengahwinkan aku dengan puterimu bernama Atiqah."

Amru terkejut apabila Saad menjelaskan hajat kedatangannya lalu berkata, "Wajah kamu yang hodoh dan kulit kamu yang hitam ini berhajat hendak berkahwin dengan puteriku? Kamu fikir puteriku itu sudi menerima kamu sebagai suaminya?"

Saad tersentak mendengar jawapan Amru. Kata-kata Amru mengguris perasaannya dan dengan hati yang kecewa, Saad pulang semula bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan penerimaan Amru terhadap permintaannya. Sebaik sahaja Saad beredar, Atiqah yang mendengar perbualan tadi segera berjumpa Amru.

"Wahai ayah, sedarlah segera sebelum turunnya wahyu yang akan mengaibkan ayah. Jika benar Rasulullah mahu saya berkahwin dengan Saad, saya akan menerimanya dengan hati terbuka dan rela dengan ketentuan yang diaturkan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku," ujar Atiqah sambil memandang wajahnya yang rasa bersalah menolak permintaan Saad tadi.

Di atas nasihat Atiqah, Amru segera menyusul menemui Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di satu majlis. Sebaik sahaja sampai di situ, dia segera ditegur oleh seseorang, "Jadi kamulah yang menolak pinangan Rasulullah?"

"Benar, tetapi saya sudah meminta ampun kepada Allah kerana menyangka Saad tidak berkata benar. Setelah saya dapati dia ikhlas, saya sedia menerima dia menjadi menantuku. Saya bimbang Allah dan Rasul-Nya akan menjadi murka akibat perbuatanku ini," jelas Amru mengakui kesilapannya.

Setelah Amru mengakui kesilapannya, Saad dikahwinkan dengan Atiqah bermaskahwinkan sebanyak 400 dirham tetaapi Saad pula yang menghadapi masalah dan dia menghadap Rasulullah SAW sekali lagi.

"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya tidak ada wang untuk membayar mahar dan saya terpaksa meminjam daripada saudara mara saya. Saya tidak pasti sama ada akan memperolehinya atau tidak," beritahu Saad mengenai masalahnya.

"Jangan bimbang. Mas kahwin untuk isteri kamu akan ditanggung oleh tiga orang mukminin. Pergilah berjumpa Usman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf dan Ali bin Abi Talib. Setiap orang daripada mereka akan memberikan kamu sebanyak 200 dirham."

Penjelasan Rasulullah SAW itu menggembirakan hati Saad. Dia segera menemui Usman, Abdul Rahman dan Ali bin Abi Talib. Ternyata Saad mendapat lebih daripada yang diberitahu oleh Rasulullah SAW.

Sebaik mendapat wang mas kahwin itu Saad terus pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya.

Friday, 9 November 2012

:: Kisah Nabi Adam dan Siti Hawa ::

                                                                       Gambar Hiasan
                                       

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). 
    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan. 
    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. 
    Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.  
Adam kesepian 
    Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? 
    Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. 
    Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam
Hawa diciptakan 
    Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. 
    Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. 
    Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa 
    Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya. 
    Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. 
    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya. 
    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. 
    Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya. 
    Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya. 
    Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. 
    Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT  kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s. 
    Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta. 
    Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.  
Adam terpikat 
    Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga. 
    Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum. 
    Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. 
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. 
    Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. 
    Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa. 
    Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan. 
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. 
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. 
    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. 
    Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah. 
    Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora. 
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: 
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. 
    Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. 
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. 

  
Perkahwinan Adam dan Hawa 
    Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. 
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”. 
  
Malaikat dan para bidadari berdatangan 
    Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. 
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. 
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. 
    Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. 
    Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. 


  
Mahar perkahwinan Adam 
    Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? 
Itulah yang sedang difikirkan Adam. 
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. 
“Bukan!” kata Tuhan. 
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. 
“Bukan!” tegas suara Ghaib. 
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. 
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.  
    Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). 
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. 
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. 
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang. 
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. 
(Al-A’raaf: 19).
    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. 
    Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh. 
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” 
(Al-Baqarah: 38)

Wanita Melamar Lelaki Amalan Yang Terpuji

                                                                          Gambar Hiasan


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.


Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Wallahualam.

Kewajipan Suami Terhadap Isteri

Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang menyakitkan sebab memaklumi atas kependekan akalnya. Allah SWT berfirman:
               "Dan pergaulilah mereka dengan makruf..."
                                                                                                 (Q.S. An-Nisa': 19)

Juga dalam ayat lain Allah SWT berfirman:
       "Dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu."
                                                                                      (Q.S. An-Nisa': 21)

Yang terakhir sekali diwasiatkan oleh Rasulullah SAW adalah tiga perkara.
Baginda bersabda:
              "Solat, solat. Dan janganlah kami bebani hambamu dengan sesuatu di luar kemampuan mereka dan takutlah kepada Allah dalam hal wanita. Mereka adalah para tawanan di tanganmu. Kau ambil mereka dengan amanat Allah SWT dan kamu minta halal farajnya dengan kalimat Allah pula"

Juga Rasulullah SAW bersabda:
         "Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya. Allah memberinya pahala seperti bala yang telah diberikan kepada Nabi Ayub. Dan siapa sabar atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya seperti pahala Asiah isteri Firaun."

Erti menggauli mereka dengan baik bukan saja tidak menyakitkannya, akan tetapi juga menahan diri dan sabar atas perbuatan yang menyakitkanmu. Bahkan tidak memarahinya. Ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, di mana para isterinya kadang-kadang membantah kepada baginda, bahkan salah seorang mereka ada yang tidak menegur baginda sampai sehari semalam. Bahkan juga isteri Umar ra, pernah juga membantah kepadanya. Umar berkata, "Apakah engkau hendak membantahku?" Si isteri menjawab, "Bahwa isteri-isteri Rasulullah ada juga membantah kepada baginda. Padahal baginda adalah lebih baik daripada kamu." Kemudian dia berkata kepada Hafsa, "Janganlah engkau cemburu kepada puteri anak abi Kuhafah. Dia kekasih Rasulullah SAW!" Dan Umar menakut-nakutinya dengan balasan Akhirat akibat menentang suami.

Dirawikan bahawa pernah juga pada permulaan Islam, setengah isteri Nabi SAW itu agak kesal dengan mengadukan kepada ibunya. Maka Nabi SAW berkata, "Tinggalkan saja dia. Dia telah berbuat lebih banyak dari itu." Dan pernah juga antara Nabi SAW dan Aisyah terjadi satu perselisihan. Sehingga keduanya memanggil Abu Bakar memohon kebijaksanaannya. Nabi berkata kepada Aisyah, "Aku yang bercakap atau kamu yang akan bercakap?" Aisyah berkata, "Silakan kamu bercakap asalkan benar." Mendengar ucapan ini Abu Bakar langsung memukul Aisyah sehingga mulutnya berdarah dan berkata, "Wahai musuh nafsunya, pernahkah baginda berkata yang tidak benar?" Aisyah lalu mendekati Nabi dan bersembunyi di balik punggungnya. Maka Nabi berkata kepada Abu Bakar, "Kami tidak memanggilmu untuk ini dan kami tidak menghendaki ini darimu."

Pernah juga suatu ketika Aisyah sedang marah kepada Nabi SAW. Dia berkata, "Kau sendirilah mengaku bahawa kau itu Nabi Allah." Mendengar itu Nabi SAW hanya tersenyum saja. Dan pernah Nabi SAW berkata kepadanya, "Tidak, demi Tuhan Muhammad." Lalu jika kau sedang marah, kau berkata, "Tidak, demi Tuhan Ibrahim." Aisyah lalu berkata, "Engkau benar. Aku hanya membenci namamu."

Dan dikatakan bahawa yang pertama kali cinta terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi SAW kepada Aisyah ra. Dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Aku dengan ini ibarat bapa biji dan ibu biji. Hanya saja tidak mengeluarkanmu." Dan Nabi SAW juga mengatakan kepada isteri-isterinya, "Janganlah kamu menyakiti aku seperti Aisyah. Sesungguhnya, demi Allah, tidak pernah turun wahyu sewaktu aku ada di pangkuan salah seorang kamu." 

Anas ra berkata bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penuh kasih kepada wanita dan anak-anak.
Justeru itu, jika seorang suami disakiti hendaklah menahan dan membalas dengan gurauan yang dapat melembutkan hati wanita. Rasulullah SAW seringkali bergurau bersama mereka (isteri-isterinya) serta menyesuaikan tingkat akalmereka dalam beramal dan berakhlak. Sehingga dirawikan, Nabi SAW pernah memulakan pertengkaran dengan Aisyah. Aisyah pun membalas di suatu hari, kemudian Nabi memulainya di hari yang lain, lalu berkata, "Ini balasan kelmarin."

Aisyah ra berkata, "Pada hari Asyura aku mendengar suara orang-orang Habsyi dan lainnya bermain-main. Nabi SAW berkata kepadaku, "Inginkah kau melihat permainan mereka?" Aku menjawab, "Ya." Nabi memanggil mereka dan mereka pun datang. Nabi berdiri di antara dua pintu dan meletakkan telapak tangannya pada salah sebuah pintu serta memanjangkan tangannya. Maka aku meletakkan janggutku pada tangannya, lalu mereka bermain dan aku melihat. Kemudian Nabi berkata, "Wahai Aisyah, cukuplah kau!" Aku berkata, "Ya." Lalu Nabi mengisyaratkan kepada mereka dan mereka pun pergi. Maka Nabi SAW lalu berkata, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang kepada keluarganya."
               Juga baginda bersabda:
                      "Yang terbaik di antara kamu adalah kamu yang paling baik kepada isteri-isteriku."

Umar ra berkata, "Sayugianya lelaki dalam keluarganya itu seperti anak-anak. Dan manakala tersentuh apa yang di sisinya, barulah dia menjadi lelaki."
Luqman mengatakan seperti itu juga. Dalam Hadis diceritakan bahawa Allah SWT memurkai orang yang kejam terhadap keluarganya.
          Nabi SAW bersabda:
                  "Hendaknya seperti gadis yang engkau rayu dan dia merayumu."

Kemudian, hendaknya seorang suami tidak lantas memperturutkan semua keinginan isteri sampai dalam batas yang dapat merosakkan akhlaknya. Ini jangan dibiarkan. Al-Hasan mengataka, "Setiap lelaki yang mengikuti saja keinginan isterinya, maka Allah akan melemparkannya ke Neraka." Umar ra brkata, "Ingkarlah (kemudian isteri) sebab dalam mengingkari mereka itu terdapat berkah." Dan dikatakan, "Berembuklah dengan mereka dan ingkarilah keinginanya." Sesungguhnya Rasulullah SAW juga bersabda, "Celakalah hamba kepada isteri." Baginda mengatakan demikian kerana jika seseorang lelaki mengikuti saja keinginan isteri seolah-olah dia menjadi hambanya. Celakalah dia. Allah tidak menyerahkannya kepada isteri yang tunduk kepada nafsunya. Ini bererti dia jadi hamba syaitan dan mengikutinya pula.
               "Dan kusuruh mereka mengubah makhluk Allah..."
                                                                                             (Q.S. An-Nisa': 119)

Oleh kerananya lelaki mesti diikuti dan mengikuti. Lelaki harus menjadi tiang penyangga kepada perempuan dan suami haruslah sebagai sayid.
                "Setibanya di pintu, keduanya bertemu dengan said (tuan)nya..."
                                                                                                       (Q.S. Yusuf: 25)

Imam as-Syafie ra berkata, "Jika kau muliakan mereka, mereka akan menghinakanmu. Jika kau hinakan mereka, mereka akan memuliakanmu, itulah perempuan, khadim dan batin (nafsu) ini." 

Thursday, 8 November 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

                                                                   Gambar Hiasan



PERTEMUAN DI KEDAI MAKAN
Azizul : ooiii…ko ni xnampk ke aku ngah amik makanan, ko sibuk berdiri kat sini nape? (dengan nada yg agak tinggi)
Azira : Maaf encik, saya xperasan. (dengan nada biase, slow dan xkuat)
Azizul : sori..sori..naik lori la weii..

SEDANG MENIKMATI MAKANAN
Azizul : Mi, ko tengok pompuan yg pakai tudung macam tudung saji tu..isssshhh naik menyampah aku tengok muka dy.
Azmi : (menoleh kea rah yg di tunjukkan azizul) Cumel dan cantik:)
Azizul : ooiitt ko nape back up dy plak.. (Menahan geram)
Azmi : la ko nape marah2, dy bkn buat salah pun ngn ko..
Azizul : xbuat salah ko kate,..ni tengok (sambil menunjukkan bekas kotoran di lengan baju ye)
Azmi : ala cikit je..tu pun nak kecoh sebandar..
Azizul : aaarrrrrr aku xpuas ati, da la ptg ni aku meeting..malu aku dgn baju kotor ni..
Azmi : pakai la kot..t xnampk la kotor tu.

SAAT MENUNGGU GILIRAN MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Azira : (mula beredar dari paip setelah membasuh tangan)
Azizul : (dengan nada suara yg agak kuat dy bercakap) wei pompuan ko ingat ko cantik sgt ke ha, dala pakai tudung cam tudung saji, rimas aku tengok.
Azmi : wei ko ni nape..xbaik tau ko malukan dy kt depan org ramai..
Azizul : Arrrrrr peduli ape aku..dy wat aku panas.
Azira : Maaf encik..boleh ulang balik ape encik ckp td..sy kurang jelas (cakap dgn nada slow dan tangan nya sambil menyiram air kopi di kepale azizul dan dia terus beredar)
Azizul : Kurang ajar punye pompuan..siap ko lau aku jumpa ko lagi..mati ko..
(Azmi & beberapa pelanggang yg menyaksikan kejadian itu turut tergelak dengan nasib azizul.)

DI RUMAH
(Azmi, azira, ummi dan papa diruang tamu sedang menonton television)
Azmi :ummi papa, nak dengar cite x, tadi amy mkn tghri kt kedai dekat ngn tempat keje eira, amy xsangke plak jumpa eira kt situ, nak jd kn cite, amy makan ngan kawn amy(azizul), xtau la eira wat pe kt zul tu, yg penting baju ijul kotor, dy kate eira yg wat,.membebel pny bebel..eira geram kot..dy g tumpahkan air kopi kt ijul..hahaha
ummi : Ya Allah..eira..knp eira wat cam tu??
Eira : Dy kutuk eira..eira yg cantik cam ummi ni dy kutuk, xpatut kn papa..
Papa : Betul..betul..betul..papa setuju..pengajaran utk dy sebab kutuk ciptaan Allah yg paling cantik d dunia (sambil mengusap lembut pipi isterinya)

DI PEJABAT
En. Rahim : Assalamualikum azizul, sila masuk ke pejabat sy skrg boleh?.
Azizul : Waalaikumussalam, baik boss.

DALAM PEJABAT
Azizul : Assalamualikum, boss boleh sy masuk.
En. Rahim : Waalaikumussalam, ha masuk la, sila kan duduk .
Azizul : Ada apa boss??
En. Rahim : sebenarye sy ada kerja sikit tok awk, xsusah pun, jumpa seseorg bincang sal projek kita kt Pahang tu. Jumpa esok, jam 9 pagi di bilik mesyuarat Syarikat Berjaya Holding, awk taukn tempat ye..?
Azizul : OoO tau penah datang sebelum ni, nak jumpa sape boss.
En. Rahim : awk jumpa cik azira.
Azizul : oOo cik azira..cam lom kawin, ok x org ye boss? Lau wat bini lepas x boss?
En. Rahim : ai da pasang niat ke?? Rase ye ok kot tok awk..try la bertaaruf ngan dy..lau dapat memang rezeki awk la..tapi ingat siapkan kerje dulu baru lain2..
Azizul : tu semesti ye..menyelam sambil minum air boss..ade pape lagi x boss, lau x sy kuar dulu.
En . Rahim : rase x..eh ni fail tok esok..good luck for your meeting..da g sambung kerja awk.
Azizul : thanks boss..assalamualaikum.
En. Rahim : Waalaikumussalam (tersenyum melihat gelagat pekerje itu)

DI SYARIKAT BERJAYA HOLDINGS
Azizul : Assalamualikum..boleh tumpang tanya, di mana bilik mesyuarat, sy ada meeting dengan Cik Azira tok projek di Pahang.
Kerani : Waalaikumussalam..oOo..encik naik lif ke tingkat 2, belok kanan nanti jumpa la bilik mesyuarat tu. Cik Azira dan yg lain sedang menunggu encik.
Azizul : Terima Kasih :)

DI BILIK MESYUARAT
Azizul : Assalamualikum semua(la ingatkan ramai sgt upenya 3 org je, eh asal azmi pun ade kt sni)
Azira & Azmi : Waalaikumussalam.. sila kan duduk en.Azizul.
Azizul : Eh mi cane ko bleh ade kat sni plak..?
Azmi : Boss aku soh dtg, jumpa cik azira ni sal projek kt Pahang.
Azizul : same la ngan aku, (sedikit berbisik: eh mi bukan ke pompuan ni yg simbah aku kopi aritu)
Azmi : betul la..tp ko jangan nak wat hal..kite ngah keje ni. ..siap kan keje pastu baru la ko boleh perang ngan dy..
Azizul : Yela..
Azira : boleh kite mula kan sekarang meeting kita En. Azizul & En. Azmi
Azizul & Azmi : Insyallah boleh.
Azirah : بسم الله الرحمن الرحيم (mereka berbincang sehingga selesai)
SELESAI MEETING
Azizul : Eh ko kan yg siram aku air kopi kt kedai aritu kn..?
Azira : Ye saya..emm saya mintak maaf atas perbuatan saya. Awak pun bersalah sebab mengutuk saya.
Azizul : Ye la aku ngaku,..sorry..
Azmi : Waaaa…bagus2..da berdamai..ape kate kite lunch same kat kafe bawah..boleh cik azira
Azizul : (dalam hati : ai mi lebih2 nampak..panas aku xhilang lagi, boleh ko ajak minah ni lunch same)
Azira : Insyallah boleh nanti saya ajak kawan sy teman..
Azmi : zul ko ok x?
Azizul : emmmm..pat la aku da lapar ni..(buat muke kelat sambil kaki melangkah keluar dari bilik mesyuarat)
Azmi & Azira : (sama2 tersenyum)

KEESOKAN HARI : DI PEJABAT
En. Rahim : Assalamualaikum azizul..ha..nape termenung ni..teringat meeting smlm ke?
Azizul : Waalaikumussalam eh boss..xdela..ade ape boss cari saya sampai ke sini?
En. Rahim : xde ape, saya nak keluar tadi tetibe je ternampak awk..tu yg sy tegor tu..cane dengan meeting semalam ok x?
Azizul : secare overall ye ok la..xde masalah tp..
En. Rahim : Tapi ape? Tersangkut x?
Azizul : tu la masalah ye boss..pompuan tu la yg pernah wat hati sy panas je..emmm…
En. Rahim : Cam2 la kamu ni..ape2 pun petang nanti kite bincang sal projek tu ye..Sy g dulu.. Assalamualaikum..
Azizul : Baik boss waalaikumussalam

PANGGILAN DARI HOSPITAL
Nurse : Assalamualaikum..Boleh sy bercakap dengan En. Azizul?
Azizul : waalaikumussalam..ye sy..
Nurse : sy dari pihak hospital selayang..ingin memaklumkan bahawa ibu encik berada di hospital dan encik di kehendaki datang secepat yg mungkin ke hospital.
Azizul : Ya Allah…baik lah sy datang sekarang..

DI HOSPITAL
Azizul : Assalamualaikum ibu…sihat?
Ibu : waalaikumussalam..Alhamdulillah makin sihat..
Azizul : Cane ibu leh pengsan..cececite sikit kat anak ibu ni..
Ibu : Mase kat bilik air masjid..ibu nak amik wudu’, selipar ibu licin, ibu tergelicir , ibu rase ade orang sambut ibu tapi xsempat buat ape ibu da terbaring atas badan budak pompuan tu..tetibe je ibu pengsan sebab terkejut kot..kesian kat budak tu..ibu sempat la tengok muka dy sebelum ibu pengsan..alangkah indahnya jika ibu dapat bermenantukan dy..yela ape x nya..dy sanggup berkorban nyawa untuk selamat kan orang lain..
Azizul : Subhanallah..besar pengorbanan dy ye bu..Hanya Allah saja dapat membalas jasa dy..Ibu pun lain2 hati2..cari & pakai selipar yg xlicin..
Ibu : Yela anak ibu…

DI RUMAH (SETELAH SELESAI SOLAT DAN BERDOA)
Azizul : SUBHANALLAH…Ya Allah..ape maksud bayangan ini..kenapa muka budak pompuan itu muncul dalam sujud ku..Ya Allah..beri lah petunjuk kepada hamba Mu ini..aminnnn

DI MEJA MAKAN
Ibu : Zul, ibu ada jumpa budak pompuan yang selamatkan ibu tempoh hari..
Azizul : Ye ke..baguslah..
Ibu : ibu ada tanya dy..dy da kawin lom..dy kate belum..dan ibu cakap..lau ibu masuk meminang cane?
Azizul : (tersedak dengan jawapan ibunya hampir tersembur keluar nasi yang ade dalam mulutnya) Dy jawab ape??
Ibu : dy suruh ibu jumpa ummi & papanya bincang sal ni..kamu cane ok ke?
Azizul : Ikut ibu la..jika baik pada ibu..baik juga untuk zul..zul redha je..
Ibu : kamu xnak jumpa family dan dak pompuan tu ke?
Azizul : Xpela ibu..zul percaya pada ibu..Ibu uruskanlah mane yg patut..zul malu lah nak bincang sal ni..cume ibu cakap lah kat zul ape yg perlu zul sediakan..insyallah zul akan buat..
Ibu : Baik lah..Insyallah minggu depan ibu jumpa family dak tu..

PERTEMUAN DUA KELUARGA
Pn. Azizah : Sy datang ni bawa hajat untuk merisik anak perempuan En. Rahim yg bernama azira.
En. Rahim : Sy sudah sedia maklum diberitahu oleh anak perempuan sy. Bagi sy insyallah sy & isteri sy tiada masalah..tapi..marilah kita dengar sendiri jawapan dari tuan punya badan..
(Pn. Azizah a.k.a ibu azizul & En. Ismail a.k.a pak long azizul serta tetamu yg lain hanya mengangguk2 kan kepale tanda setuju dan menanti kehadiran azira ke ruang tamu untuk mengetahui jawapan risikan itu di tolak atau di terima)
Ummi : Puteri ummi..katakanlah pada mereka..apa jawapan kamu untuk risikan ini..
Azira : (dengan perasaan malu yg sangat tebal dy menangkat muka mengadap ibu azizul) Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya Nur Azira Binti Abdul Rahim menerima risikan ini..
(Semua tetamu yg hadir memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi setelah risikan azizul diterima azira..)
Azira : Mak cik zah..sy ada hajat sikit..
Pn. Azizah : Katakan azira, apa hajat mu..jika mak cik mampu tunaikan, insyallah makcik tunaikan..
Azira : saya nak majlis pertunangan saya dengan azizul..minggu depan hari Khamis dan majlis pernikahannya sehari selepas hari pertunangan iaitu hari jumaat..saya hanya mahu sebuah Al-Quran yg azizul khatam kan sebagai hantaran dan mas kawin untuk sy..pastu wat kenduri kesyukuran je..sy tidak mintak ape2 selain itu mak cik..Boleh mak cik tunaikan?
Pn. Azizah : Alhamdulillah Ya Allah kau kurniakan aku bakal menantu yg baik..Boleh azira..insyallah mak cik akan sampaikan hajat azira pada azizul..

HARI PERTUNANGAN
Ibu : Zul xnak ikut ke? Xnak tengok muka pengantin pompuan?
Azizul : xpela ibu..ibu & yg lain je g..zul tunggu kat uma..esok kan nak nikah da..insyallah esok zul tengok la muka bakal isteri zul tu..
Ibu : baik la..ibu g dulu..Assalamualaikum.
Azizul : yela..waalaikumussalam

HARI PERNIKAHAN
Azizul : (dalam hati : Ya Allah, ni kan uma boss..xkanla aku nikah ngan anak boss, eh azmi pun ada..dy wat pe kt sni, mane dy tau aku nak nikah??musykil la aku..)
Azmi : Assalamualaikum adik ipar ku…
Azizul : Waalaikumussalam..adik ipar??Eh ni kn uma boss aku, ko watpe kt sni?
Azmi : (tergelak bila mendengar pertanyaan sahabat a.k.a adik ipar ye) pas ko akad nikah t la aku terang kan..jom masuk dlu..papa da tunggu ko tu..
Azizul : (dalam kebingungan dy berdoa: Ya ALLAH bantulah hamba MU ini)

SAAT PERNIKAHAN
Azizul : AKU TERIMA NIKAHNYA NUR AZIRA BINTI ABDUL RAHIM DENGAN MAS KAWIN SENASKAH AL-QURAN.
(sah..sah..sah..tok imam membacekan doa dan yg lain mengaminkan doa)

SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH
Azizul : Mi, baik ko terangkan kat aku..apa hubungan ko dgn boss dan isteri aku..
Azmi : G la tanya isteri ko wahai adik ipar ku..

MALAM PERTAMA
Azira : Abang, terima kasih kerana sudi menikahi syg..didik la syg jd isteri yg solehah..maaf kan syg atas segala kesalahan syg yg pernah menguris hati abg (suaranya menjadi serak akibat sebak didada)
Azizul : Xsyg..syg xde salah ape ngan abg..abg yg banyak wat salah…maaf kan abg syg, maafkan abg..terima kasih syg kerna sudi terima abg sebagai suami syg..(sebak : sambil memeluk & mengucup dahi isterinya)
Azira : Abang..syg sayang abang kerana ALLAH..I LOVE YOU FOREVER UNTIL JANNAH.
Azizul : Abg syg ayg kerana ALLAH juga..I LOVE YOU FOREVER UNTIL JANNAH TOO. Syg, boleh abg tanya..apa kaitan boss abg & azmi dgn syg..?
Azira : (tergelak dgn soalan suaminya) Tu la mase ibu ajak abg jumpa family syg xnak..kn da xkenal..boss abg tu a.k.a En. Rahim adalah papa syg dan azmi tu plak abg kembar syg..abg xperasan ke yg muka ktorg ni ala2 je..
Azizul : A’ah la..abg xperasan plak slame ni..tapi kenapa xkeja 1 syarikat je..
Azira : tu tradisi keluarga kami..kami di ajar bljar berdikari sebab tu abg amy keje kt syarikat maju holding & boss abg amy tu En. Ikhsan adalah adik papa a.k.a pak su, syg plak keje kt Berjaya holding bwh En. Azman adalah abg papa a.k.a pak long..dan anak2 pak su & pak long kerje di bawah papa..
Azizul : OoO..baru abg paham,..patutlah slame ni amy tu dok ikut je syg ke mane ek..konon ye nak jaga adik dy ni..(sambil mencubit pipi isterinya)..syg, nak tahu 1 cerita x..sebenarnya muka syg muncul setiap kali abg sujud terakhir dalam setiap solat..hari2..stat dr kita meeting sampaila mlm pertunangan kita..rupa2 nya Allah bg petunjuk jodoh abg dgn syg.. (mengucup dahi isterinya) tapi..kira syg taulah abg yg akan nikahi syg..nape syg terima pinangan ibu?
Azira : Alhamdulillah..jodoh tu rahsia Allah abg..papa yg cadangkan syg pilih abg..papa kate agama abg baik..abg hormat org tua, amanah dan papa kate abg seorg yg tegas..hihi..syg da rase ketegasan abg tu..
Azizul : maafkan abg syg..abg malukan syg kt depan org ramai..
Azira : syg da lama maafkan abg..dala kte tutup cite lame..
Azizul : mekacih syg..syg, abg pening pale nak bg syg apa..sebab syg da ada semuanya..amik la, harap syg sudi..1 set perhiasan wanita..abg tempah khas..siap ada nama kite ag dan sebuah rumah tok syg..minggu depan kte pindah uma baru ye syg..
Azira : terima kasih abg (sambil mengucup pipi suaminya)..nape abg susah kan diri..syg Cuma nak suami soleh cam abg yg dpt membimbing syg ke Syurga Allah..
Azizul : Insyllah syg..kita sama2 usaha untuk jadi hambaNYA yg soleh dan solehah di sisi Allah ye syg.
Azira : Insyallah aminnnnnnnnnn…