Bagaimana hatimu sekarang? Sudah terang atau masih gersang? Ada sesuatu yang hilang atau sesuatu yang datang? Sahabat, hati menurut Imam al-Ghazali, terdiri daripada pelbagai kategori. Pertamanya, hati yang sejahtera. Hati yang mendambakan pertemuan dengan tuhannya dalam keadaan saling mereda. Seterusnya, hati yang sakit. Hati yang berbolak-balik serta menyembunyikan kekafiran, namun menzahirkan keimanan. Dan lagi, hati yang mati. Inilah hati yang dikunci rapat oleh ALLAH SWT daripada hidayah. Nasihat bagi mereka hanyalah umpama memasak di atas kuali yang tidak berapi. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Golongan manusia yang mati hatinya, matanya akan buta untuk melihat betapa hebat dan agungnya setiap ciptaan ALLAH SWT. Telinganya pula akan tuli daripada mendengar nasihat, pedoman serta ayat-ayat tuhan yang disampaikan.
Kata Imam ibn Qayyim al-Jauziyyah,
"Sukatlah hatimu dalam tiga keadaan. Sewaktu mendengar bacaan al-Quran, apa yang dikau rasa? Sewaktu melihat kematian, apa yang dikau rasa? Sewaktu melihat saudara seagamamu dizalimi, apa yang dikau rasa? Andai dikau tidak berasa apa-apa dalam ketiga-tiga keadaan tersebut, maka carilah hati! Ini kerana sesungguhnya dikau tidak mempunyai hati."
Sukat serta nilailah bagaimana pula dengan hatimu? Hanya hati yang terisi dengan cahaya Rabbi akan merasakan getaran dalam ketiga-tiga keadaan itu.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama ALAH SWT, maka gementarlah hati mereka..."
(Al-Anfaal, 2)
Andai dikau tidak ketemu sebarang rasa syahdu, sebarang getaran dalam hatimu apabila melalui tiga masa itu, maka carilah hatimu yang sebenar, yang disembunyikan duniawi. Semoga dikau dapat mengecapi kebahagiaan sejati. Di dalam al-Quran, pada suatu ayat yang sering dialunkan oleh para imam dalam setiap solat Subuh mereka, ALLAH SWT berfirman:
"Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada ALLAH SWT. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
(Al-Hasyr, 21)
Pernahkah dikau mendengar ayat ini atau sudah melewati maknanya? Jika sudah dikau lakukan, sudahkah dikau tadabbur akan apa ertinya yang tersurat disebalik kalam-NYA? Mengapa ALLAH SWT menggunakan perbandingan gunung? Pada akhir ayat ini, ALLAH SWT mengkhabarkan bahawa perbandingan tersebut adalah supaya manusia berfikir. Persoalannya, pernahkah dikau berfikir? Pada saat ALLAH SWT menyuruh kita perhati, adakah kita perhati? Pada saat ALLAH SWT menyuruh kita menyaksi, adakah kita menyaksi? Demikianlah kedegilan sebuah hati yang sentiasa ingin berlari jauh daripada Rabbi, meski hati sudah terisi dengan fitrah ketuhanan sejak azali.
Baiklah sahabat, sekarang daku ceritakan kepadamu apa erti tersurat disebalik firman ini. ALLAH SWT memberitakan bahawa andai gunung-ganang yang gagah dan tinggi itu mengerti apa yang terkandung di dalam al-Quran (perintah dan larangan, ganjaran dan azab dan ayat-ayat bukti kebesaran ALLAH SWT), dan andai kitab al-Quran itu diturunkan kepada mereka, mereka akan tunduk, lebur terpecah belah dan tersungkur kerana takutkan ALLAH SWT dan ayat-ayat-NYA itu. Bayangkan, gunung yang paling tinggi antara semua ciptaan di atas muka bumi. Jika mahu menawan gunung, kita perlukan berhari-hari lamanya perjalanan dan belum tentu kita sampai ke puncak. Andai tiba di puncak, kita tidak boleh lama kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Demikianlah betapa gagahnya gunung. Andai mahu membuat lebuh raya, bila ada bukit, kita tebuk jadikannya terowong. Namun, apabila bertemu gunung? Kita menyerah kalah. Kita halakan lebuh raya itu melalui lereng-lereng gunung kerana tidak mampu untuk menembusinya. Demikianlah sifat gunung yang gagah perkasa. Namun, biar segagah mana pun si gunung itu, ALLAH SWT mengkhabarkan bahawa andai kitab al-Quran itu diturunkan kepada mereka, nescaya mereka akan terpecah belah, hancur dan tersungkur kerana takutnya mereka atas kebesaran dan keangungan ALLAH SWT serta ayat-ayat-NYA.
Namun begitu, gunung bertuah. Al-Quran tidak diturunkan kepada mereka. Ia diturunkan kepada kita, manusia. Tetapi, apa reaksi kita apabila menerimanya? Adakah hati kita terpecah belah dan tersungkur kerana takutkan ayat-ayat-NYA? Adakah hati kita hancur kerana tenggelam dalam lautan cinta pada-NYA? Adakah kita bersujud leburkan ego di hati kerana memerhati ayat-ayat Rabbi? Atau kita menerimanya dengan hati yang terbuka, masih sempat bergelak tawa, malah ayat Tuhan itu kita jadikan modal jenaka, lalu dipertandingkan sahaja tanpa mempedulikan apa yang terkandung di dalamnya? Daku ingin bertanya, andai gunung yang gagah pun akan hancur pecah kerana takutkan ayat-ayat ALLAH SWT, bagaimana pula dengan hati kita ini? Adakah hati kita lebih keras daripada gunung? Atau lebih angkuh daripadanya? Lalu tanyakan hatimu wahai sahabat, siapa DIA di hatimu?

AbdiNya: Roshidaya Abdul Rahim
assalamualaikum saudara ku
ReplyDeletemaha suci allah yg tlah menjadikan manusia dr sebaik2nya bentuk.
saya dari aceh darussalam indonesia