so cute


Wednesday, 24 December 2014

Hati seorang lelaki

Blog kesayangan... Uhukk... Uhukk... Blog yang penuh dengan debu... Langsung tidak terurus, apatah lagi dijaga dengan elok. Kesian, lamanya ditinggalkan oleh Tuan Tanah Kedaung ya. Bukan sengaja, tetapi tidak disengajakan.



Emmm... Kali ni nak cerita tentang apa pulak? Okeylah. Kenapa lelaki suka merajuk? Hahahaha... Jangan ketawa. Julung-julung kalinya Blog warna PINK bercerita tentang spesies berlainan jantina, iaitu LELAKI. Buang tabiat eh? Oh tidak, Cik Daya tak buang tabiat. Cuma nak kongsi pengalaman. Pengalamanlah sangat kan... Take Note ya anak-anak murid semua. Kita nak belajar FIIL orang lelaki ni... Let's check it out!



Daya ambil petikan kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya, Nota Hati Seorang Lelaki: 


Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja,
ada masanya mesti selembut sutera.


Tepat!
Bila hatinya sekeras waja jangan kita jadi api yang menyala.
Bila hatinya selembut sutera jangan kita kerah serupa hamba,
Bila hatinya sekeras waja, kita lembutkan dengan sopan bicara,
Bila hatinya selembut sutera, kita peluk dengan pesona mesra.


Jiwang melankolik tu Cik Daya wehhh!!

Tuesday, 16 December 2014

Kenapa ALLAH Wujudkan Rasa Kecewa???

Kenapa Allah mewujudkan rasa kecewa ye sahabat semua??? Cik Daya ada 9 sebab nak kongsikan pada sahabat semua. Jom baca dan kongsi dengan sahabat yg lain. Cik Daya pun dapat ayat ni dari sebuah buku yang Cik Daya baca masa kat kampung. ;-)


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu J O D O H yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi P E N I L A I yang baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah M A K H L U K yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat K A S I H S A Y A N G yang terbaik, khas untuk diri kita.


5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah Dan Penyayang. Kerana mengingatkan kita bahawa "dia" bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada M A S A D E P A N.


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip P E N G A L A M A N yang tak semua orang B E R P E L U A N G untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang H E B A T jiwanya.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa C I N T A yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih M E N G E N A L I kehidupan yang tak selamanya K E K A L.


Wallahu'alam. :)



Aku HambaNya Yang Hina: Roshidaya Abdul Rahim