so cute


Sunday, 31 March 2013

♥ Kisah cinta antara Qais dan Laila ♥ ^_^

Pemuda tampan dan kuat beribadat bernama Qais terpaut hati pada gadis bangsawan yang cantik bernama Laila. Cinta Qais berbalas. Laila juga mencintainya. Namun, nasib mereka malang. Lamaran Qais ditolak oleh keluarga Laila kerana Laila sudah ditunangkan dengan sepupunya. Kedua-dua mereka yang asyik dilambung ombak cinta itu melalui penderitaan hati yang dahsyat, kerana cinta mereka dihalang oleh keluarga.

Pada suatu hari, Laila menghantar utusan kepada Qais bagi menyampaikan cadangannya. Utusan yang dihantar itu berkata, "Qais, sekiranya engkau mahu, aku bole aturkan pertemuanmu dengan Laila. Caranya adalah dengan terus masuk ke dalam bilik Laila."

Qais segera menjawab cadangan utusan itu, "Sesungguhnya, aku takut azab pada hari akhirat yang dahsyat sekiranya aku mengingkari Tuhanku. Aku takutkan api neraka yang tidak pernah padam. Aku tidak rela bertemu Laila dengan cara itu."

Utusan tadi pulang menemui Laila. Laila kagum dengan keteguhan iman Qais. Perkara ini membuatkan Laila terus memendam rasa dan berkurung di dalam biliknya, sehingga dia meninggal dunia sendirian.

Begitu sekali pendirian Laila dalam mempertahankan cintanya dan ingin mencontohi ketaatan Qais kepada Tuhannya.

Qais pula, apabila mengetahui berita kematian Laila, beliau menziarahi kubur Laila dengan perasaan yang hancur. Qais tertidur di atas pusara Laila kerana melalui perjalanan yang jauh. Qais bermimpi Laila datang kepadanya dalam keadaan cantik dan kelihatan bahagia sambil berkata kepada Qais, "Aku kini bahagia wahai kekasih hatiku. ketaatanmu mendorongku memperoleh kebahagian yang kekal abadi dalam syurga Tuhanku."

Qais memandang Laila dengan penuh rindu, dirayunya kekasihnya itu dengan kata-kata, "Laila kekasih hatiku, seru namaku daripada keindahan di sana supaya kita dapat bertemu dan bersama selama-lamanya."

Laila menjawab, "Wahai kekasihku Qais, tidak lama lagi kita pasti bersatu untuk selama-lamanya."

Selepas Qais terjaga daripada tidurnya itu, beliau tidak berdaya bergerak ke mana-mana lagi. Qais memendam rindu yang mendalam kepada Laila.

Tujuh hari berada di atas kubur Laila, Qais akhirnya meninggal dunia. Begitu hebatnya pautan cinta yang tidak dapat dileraikan sehingga dibawa mati. Keteguhan iman dan takwa menyelamatkan mereka daripada tipu daya, hawa nafsu dunia, dan kemudiannya menyatukan mereka di sisi Allah.





AbdiNya : Roshidaya Abdul Rahim                                                              

Monday, 4 March 2013

Coretan dimalam hari ^_^



Assalamualaikum wbt...

ok, malam ni daya nak bgtau semua orang yg daya bahagia sangat sejak putus dari lelaki BUAYA DARAT.
bahagia sbb daya ada kakak angkat dan kwn yg sangat baik hati, yg bole buat daya happy, diaorang lah pengubat dihati daya skrg ni ^_^
kakak angkat yang first bernama Kak Sakinah kakak angkat yg kedua Kak Naim kakak angkat yg ketiga Kak Anis dan kawan yg sangat sporting Iera ;)
Ok, malam ni habis daya buli kak sakinah, sbb dia kan selalu buli daya dekat FB, padan muka akak kena buli dgn budak kecik ni :p (xdelah kecik sangat)
bukan kak sakinah je yg suka buli daya tau, kakak2 yg lain pun suka buli daya kat FB, diaorang jahat sangat dgn adik bongsu dia ni :) (saje cari simpati orang)
baru td habis calling2 kak sakinah :) adoyyy hancur bahasa sabah kak sakinah buat, nasib baik ckp dgn daya tau, kalau ckp dgn org lain mmg diaorang akan marah sbb bahasa diaorang HANCUR.
tp lucu lah kak sakinah dan kak anis ckp sabah, bunyi mcm indon pun ada juga, hihihi :)
ok, skrg ni daya sunyi sangat, sbb semua kakak2 tgh busy dgn STUDY.
so terpaksalah tggu diaorang sampai xbusy -_-"


Alhamdulilla, daya bersyukur sangat sbb Allah temukan daya dgn semua kakak2 angkat ni.
demi Allah daya sayang kan diaorang mcm kakak daya sendiri dah, maklum lah daya ada kakak pun duduk jauh, kalau dulu duduk satu rumah, skrg dah duduk asing.


Sekarang ni daya hanya mampu berdoa semoga Allah temukan daya dengan kakak2 angkat daya ni.
skrg ni hanya berhubung dekat FB dan HP je dgn diaorang semua :)

Ana Uhibbuki Fillah Lillahitaala

ok lah semua daya dah mengantok sangat, kepala pun tgh pening ni tekak pun perit sangat rasa -_-
nnt ada masa daya update lagi ye ^_^

selamat malam semua, Assalamualaikum.

AbdiNya:
Roshidaya Abd Rahim