so cute


Friday, 22 February 2013

Bila kita jauh dengan PENCIPTA...


Bila kita dalam tekanan (stress), kita mencari lagu yang sesuai dan kena dengan jiwa (kononnya) untuk didengari, bukan dicari alunan ayat suci Al-Quran.

Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis, bukan dikongsi dengan Tuhan.

Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista dalam melahirkan rasa tidak puas hati, bukan kita diam, berwudhu' dan solat sunat 2 rakaat.

Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita berdendam dan mahu membalas setimpal atau lebih teruk, bukan kita bersabar dan mendoakan biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahannya.

Bila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mencari kesalahannyadan memfitnah/ber'gosip', bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar kerana Allah.

Bila kita rasa kurang bermotivasi dan perlukan inspirasi, kita liha pada 'orang-orang kaya dan ternama'di dunia dan bukan pada mereka yang sudah dijanjikan Syurga olehNYA.

Persoalannya, mengapa kita cari kegembiraan, ketenangan dan kedamain jiwa pada 'tempat-tempat' yang salah dan yang tidak sepatutnya?

Tidakkah kita tahu perilaki lazim kita ini tidak mampu membawa kita ke mana-mana malah merumitkan masalah jiwa kita yang sering meronta-ronta mencari hala tujunya yang nyata?

Astaghfirullah al a'dzim...

Kawan-kawanku,

Jujurnya, aku kira ini semua berbalik pada kualiti hubungan kita dengan Pencipta. Maka SOLAT adalah medium perantara kita denganNya. Jika baik hubungan kita dengan DIA, maka yang lain mesti 'cantik' belaka...

Fahamilah maksud bacaan dalam solat kerana jika tidak, solat kita adalah sekadar aktiviti fizikal tanpa kesatuan fikiran dan hati. Ruh solat kita mati tanpa berserta hati kerana solat yang berkualiti dan mampu menjadi pendingding diri terdiri dari gabungan 3 elemen utama ini:

*Qauli (Lidah-bacaan)
*Qalbi (HATI)
*Fikli (Perbuatan)

Jika salah satu tiada, kamu dan aku tahu jawapannya. Solat kita akan jadi solat picisan yang tidak mampu menjadi perisai pada tentangan hebat ujian dunia. Nauzubilla...

Cukup aku gariskan di sini maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud sebagai penutup.

Rabbighfirli
(TUHANku, ampuni aku...)

Warhamni
(Sayangi aku...)

Wajburnii
(Tutuplah keaiban-keaibanku...)

Warfa'nii
(Angkatlah darjatku..)

Warzuqni
(Beri aku rezeki...)

Wahdinii
(Berilah aku petunjuk...)

Wa'afinii
(Sihatkan aku...)

Wa'fuannii
(Ampuni aku...)

Kini bila kau tahu maksudnya, adakah kau rasa 'rasa itu'?
Ya. Aku tahu. Itu juga yang aku rasa.


Sama-sama kita baiki diri dalam tempoh nyawa yang bersisa.

Salam Ukhuwah Fillah !

AbdiNya :
Roshidaya Abdul Rahim

Monday, 4 February 2013

♥ KASIHKU CINTAKU ♥




Kau aku kenali dengan takdir-Nya
Saat itu seperti mahu aku hentikan
Biarlah waktu itu terhenti walau seketika
Agar dapat aku renungi matamu
Agar dapat aku lihat senyuman manismu

Saat itu aku berjanji
Akan aku mencintaimu
Akan aku memilikimu
Akan aku mendampingimu
Walau lenyap umurku
Kaulah yang satu
Tetap satu di dunia

Ku mohon jangan sakiti aku
Kerana aku sudah uzur menderita
Kerana janji insan lain
Berjanji untuk setia tapi mendua

Cintaku
Kau nadi hidupku
Kau jantung hatiku
Kau teman penyeriku
Kau satu dalam beribu
Kau kekasihku

Sesuatu hubungan itu ibarat PERMATA.
Sebelum ia terhempas, "PELIHARALAH".
Jika ia retak, "PERBAIKI LAH".
JANGAN biarkan ianya pecah,
Kerana...
Jika ia PECAH, ingin dicantumkan semula ia TIDAK MUNGKIN akan
menjadi SEINDAH dulu...


Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, ingin dicintai itu fitrah...
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia mulia... Jika dialir 
dengan aliran yang salah, ia HINA...

-Roshidaya Abdul Rahim-


Friday, 1 February 2013

Tak Jodoh



Kering air mataku mengingat tentangmu
tentang kita yang tak jodoh

Dulu pernah bermimpi saling memiliki
nyatanya pun tak kesampaian

Rela, relakanlah masa itu
biarkanlah jadi masa lalu

Kenang diriku selalu dihatimu, selalu dijiwamu simpan di memorimu
kunanti dirimu bila malam pun tiba
cukup kita yang tahu mimpi jadi saksinya . . .


Kadang-kadang Allah hilangkan matahari,
kemudian Dia datangkan guruh & kilat,
puas kita menangis mencari mana matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

hidup tak selalunya indah,
tetapi yang indah itu tetap segar dalam ingatan,
ingatlah walau pahit sekali pun setiap kenangan @ kehidupan yang kita lalui,
sebenarnya itu adalah penawar untuk mengajar kita mencari sesuatu yang lebih baik,
usahlah dikesal benda yang telah pergi dan janganlah terlalu mengharap 
sesuatu yang belum pasti akakn menjadi hak kita.

hati yang terluka jika tidak kembali kepada Allah akan mudah merana...
ketenangan hanya dapat dirasai dengan mencintai Allah lebih dari segala-galanya...

-Roshidaya Abdul Rahim-