so cute


Wednesday, 30 January 2013

Aku,kamu & CINTA..



Aku bukan doktor CINTA.


Aku bukan Laila si Majnun.



Aku hanya orang biasa.



Ya sama macam kamu yang membaca (jika kamu orang biasa juga).



Namun dalam biasanya aku & dengkelnya ilmuku, aku tahu kita masih bernafas kerana CINTA.



CINTA ada kuasa luar biasa yang tidak mampu ditafsir dengan sebarang bahasa walau dicuba buat jutaan kalinya kerana CINTA itu terlalu istemewa.



CINTA itu nyawa.



CINTA itu bukan silap mata tetapi CINTA itu magis yang nyata.



CINTA itu...



CINTA itu...



Lihat, aku masih gagal untuk mentafsir CINTA walau aku cuba,cuba dan terus mencuba.



Mungkin bila lafaz akhir di penghujung nyawaku ialah SYAHADAH, itulah saatnya aku mampu benar-benar mentafsir CINTA.



Hakikatnya CINTA itu DIA.







P/s 1: Mungkin aku perlu menukar tajuk dari "Aku,kamu & CINTA" ke "Aku,kamu & DIA" :)



P/s 2: Masih mencari CINTA?Mahu jumpa CINTA? Cari DIA! :)


AbdiNya : Roshidaya Abdul Rahim

Tuesday, 29 January 2013

♥ ♥ Mutiara Kata Persahabatan ♥ ♥

                                            SAYANG KAKAK KERANA ALLAH

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat bole kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya 
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu...


Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

-Roshidaya Abdul Rahim-


♥ ♥ DOA UNTUK SAHABATKU ♥ ♥



YA ALLAH...


Panjangkanlah umur sahabatku

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan Nur pancaran iman,
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia
Dan akhirat


YA MUHAIMIN...



Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

Yang hatinya tertaut padamu
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
Daripada melabuhkan hatinya pada hatiMU 
Jika dia rindu,
Rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU...


Aminn Ya Rabbal Alamin...




"PERSAHABATN IBARAT SEBIJI BENIH YANG
DITANAM, DISIRAM DAN DIJAGA RAPI AGAR MENGALIR
MELALUI KEKUATAN AKARNYA. TUNAS YANG KIAN
BERPUTIK SUBUR. MEMBESAR MENUMBUHKAN POHON.
BERKEMBANG MENYERATA RANTING. MERIMBUN HIJAU
DEDAUN YANG TAK TERHITUNG, MEWANGI BUNGA-
BUNGAAN PENUH AROMA KEHARUMAN DAN
MENGHASILKAN BUAH RANUM YANG SEGAR DAN 
MENYIHATKAN."

-ROSHIDAYA ABDUL RAHIM-


Friday, 18 January 2013

♥♥♥ Tingginya Darjat Wanita Solehah ♥♥♥

                                                             

Sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat bermula daripada peranan ketua keluarga seperti ibu dan bapa. Ketua keluarga sepeti bapa akan mencorakkan keluarga yang dipimpinnya. Rasulullah S.A.W merupakan contoh keluarga bahagia kerana baginda sendiri mengangkat martabat kaum wanita sebagai penolong ketua keluarga.


Pada zaman jahiliah kaum wanita diperlakukan seperti hamba tetapi sejak kedatangan islam, Rasulullah S.A.W melalui ajaran yang dibawanya memberi keuntungan kepada kaum wanita. Demi menghormati kaum wanita, Rasulullah S.A.W berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada kaum wanita terutamanya kaum isteri. Rasulullah S.A.W menjadikan keluarganya sendiri sebagai teladan kepada kaum lelaki bagaimana mahu memuliakan kaum wanita dan berbuat baik kepada keluarga.



Abu Daud dan Tirmizi mencatatkan dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah S.A.W berkata, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlak dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." 



Agama islam amat memuliakan wanita. Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik yang memberikan layanan istimewa kepada kaum wanita. Begitu juga agama islam yang di bawa ini. Oleh itu, mana-mana lelaki yang memberikan layanan buruk terhadap wanita, maka dia boleh diumpamakan sebagai sejahat-jahat manusia.



Wnita mukminah yang dimasukkan ke dalam syurga kerana ketaatan kepada agama adalah lebih baik dan darjat mereka lebih tinggi berbanding bidadari syurga. Hal itu dinyatakan dalam banyak hadis yang dinilai lemah oleh para ulama. Walau bagaimanapun, wanita di dunia yang beramal soleh kemudian dimasukkan ke dalam syurga sebagai balasan ke atas segala amal kebajikan dan kemuliaan, sudah tentulah lebih baik daripada bidadari syurga.



Mereka telah menempuh pelbagai ujian, cabaran dan kesusahan di dunia ketika melakukan suruhan dan meninggalkan larangan agama sebelum dapat mengecapi nikmat syurga ALLAH Azza Wa Jalla. Sedangkan bidadari syurga pula adalah makhluk ALLAH yang dijadikan di dalam syurga sebagai balasan terhadap orang mikmin yang taat kepada perintah ALLAH dan melakukan amal soleh.



Seorang wanita solehah bukan dilihat daripada kecantikan tetapi juga daripada ketulusan hati yang tersembunyi. Ia juga bukan dilihat daripada bentuk tubuh yang mempesona tetapi juga dilihat sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang memposana itu.



Selain itu wanita solehah bukan dilihat berpandukan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan tetapi keikhlasan hati ketika melakukan kebaikan itu.



Wanita solehah juga bukan dilihat daripada kepetahan bercakap tetapi apakah yang dibicarakan setiap hari sama ada berkata yang baik-baik atau sebaliknya seperti mengata atau mengumpat yang menjadi kebiasaan bagi kaum wanita.



Dalam al-Quran surah Al-Ahzab ayat 32, ALLAH mengingatkan, "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." 



Dalam hal ini, peranan Siti Khadijah, isteri Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh bagi kaum wanita sekarang kerana beliau banyak berkorban kepada suaminya. Rasulullah S.A.W pernah berkata, "Dia (Khadijah) beriman kepadaku ketika semua orang ingkar. Dia mempercayaiku ketika semua orang berdusta. Dia memberiku harta ketika orang lain enggan memberi dan daripadanya aku memperolehi keturunan."



Sebenarnya banyak lagi kesetiaan, kepercayaan dan pengorbanan Siti Khadijah kepada Rasulullah S.A.W jika hendak diceritakan. Siti Khadijah bukan sahaja seorang wanita yang cantik malah digelar wanita suci, kaya dan luhur akhlaknya. Walaupun terpaksa menjalani hidup sendirian selama sebulan dalam penantiannya menanti kepulangan Rasulullah S.A.W dari Gua Hira, beliau sentiasa memelihara maruah diri.



Kaum wanita yang ingin menjadi wanita solehah perlu mengikut jejak langkah Siti Khadijah. Walaupun tidak 100% dapat mencontohi keperibadiannya tetapi apa yang penting setiap wanita pasti berkeinginan menjadi wanita solehah.

Wednesday, 9 January 2013

Tunangan Halalmu Hanya Selepas Nikah!




Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya, ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

::: Wanita punya satu cinta ♥ ♥ :::

                                       

aku wanita
aku punya cinta selayaknya manusia
aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya..

namun ia tidak bermakna aku harus kalah pada perasaan :)




mengalir airmata bukan tanda simpati

dikategori kaum yg lemah bukan dipinta utk ditontoni
dihijabkan tubuh bukan untuk dijamahi..
tapi sedarilah, wanita perhiasan duniawi
tanpa kami, sepi dunia, malap jalan harimu wahai lelaki..




ikhtilat.

lagha.
jagalah sama yea..




jgn awk kata..kita adalah sahabat.

kerana wanita dan laki2 takkan boleh jadi sahabat..
melainkan kita akan terbit juga rasa cinta dlm hati..
tlglah sy, sy nk jaga diri..sbb sy dh janji pada Allah..


























Tuesday, 8 January 2013

::: Sajak buat bakal suami isteri :::

                                                                             


Sekiranya,
Kita cinta pada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada ALLAH,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan padaku…